top of page

Definisi Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Kanak-kanak bermasalah pendengaran didefinisikan sebagai kanak-kanak yang pekak iaitu mereka memiliki tahap pendengaran yang teruk (91 dB atau lebih) terutama saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. (Stephen P. Quigley & Robert E. Kretschmer, 1982)



Menurut Asiah (2012), masalah pendengaran atau cacat pendengaran terjadi apabila deria dengar seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati sesuatu bunyi, perbualan atau bisikan orang lain. Dengan kata lain, deria dengar tidak boleh berfungsi untuk kegunaan pendengaran biasa dalam kehidupan harian.



Kanak-kanak yang memiliki masalah pendengaran sering menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan ianya menjadi penghalang yang besar bagi mereka dalam mewujudkan perhubungan yang sempurna dengan orang lain. Mereka juga sukar mempelajari sebutan perkatan-perkataan dengan jelas dan tepat yang mengakibatkan mereka kekurangan kemahiran dalam bahasa dan komunikasi secara lisan atau tulisan.







Kommentare


tumblr_p3y144EQ2E1sautifo3_400.png

Hi, thanks for stopping by!

bottom of page