Cabaran yang Dihadapi Oleh Guru
Menghadapi kerenah pelajar:
Seorang guru pendidikan khas menggalas satu tanggungjawab yang besar dan mencabar dalam mendidik kanak-kanak yang berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana mereka perlu menghadapi murid-murid kurang upaya yang berlainan kerenah. Cabaran terbesar yang perlu dihadapi ialah murid-murid itu sendiri. Segelintir murid akan mudah marah, sedih dan memberontak kerana kanak-kanak yang bekeperluan khas dipercayai sangat sensitif dan inginkan perhatian. Terdapat banyak kes yang terjadi seperti guru pendidikan khas digigit dan dipukul kerana tidak memberikan perhatian kepada pelajar mereka. Murid bekeperluan khas juga menghadapi masalah dalam menguruskan diri mereka di sekolah. Oleh itu, para guru pendidikan khas perlulah sentiasa sabar dan bijak menangani setiap situasi yang berlaku ketika sedang menjalankan tugas sebagai seorang guru pendidikan khas.
Comments