top of page

Peranan Sekolah

Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak bekeperluan khas menimba ilmu dengan selesa di sekolah bagi meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah. Tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas haruslah disediakan oleh pihak sekolah. Perkara ini adalah penting kerana murid yang perlu dididik ialah murid bekeperluan khas dan bukannya murid biasa. Sebagai contoh, guru haruslah bersikap lemah-lembut ketika mengajar supaya para murid tidak berasa takut.





Selain itu, pihak sekolah hendaklah menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid bekeperluan khas. Hal ini demikian kerana murid ini memiliki keterbatasan dalam pembelajaran. Misalnya, murid yang kurang upaya mental ataupun kerencatan akal memiliki taraf pencapaian setengah hingga tiga perempat dari kanak-kanak normal dan mudah lupa. Oleh itu, pihak sekolah perlulah memberikan aktiviti pengukuhan yang banyak untuk meningkatkan kemahiran mereka.





Pihak sekolah juga perlulah menyediakan kemudahan yang mencukupi dan bersesuaian untuk para murid bekeperluan khas. Ini adalah bagi memastikan murid berasa selesa ketika sedang berada di sekolah. Contohnya, tandas khas di sekolah mestilah dibina untuk memudahkan murid yang memiliki masalah lumpuh dapat menggunakannya dengan selesa. Tegasnya, pihak sekolah perlulah mempertimbangkan keselesaan murid bekeperluan khas dan menyediakan kemudahan yang sesuai dalam kuantiti yang mencukupi.


Comentários


tumblr_p3y144EQ2E1sautifo3_400.png

Hi, thanks for stopping by!

bottom of page